Kenapa perlu melakukan ibadah Qurban bersama Ihya Assunnah Solution ?

1kan 3Ikan 1ikan 2ikan 4

Bagi mendapat zat yang cukup umat Islam Kemboja terpaksa menggunakan sejenis makanan tambahan yang digelar ikan ajaib, dengan cara memasukkan ikan tersebut dalam masakan mereka.

 

Salah satu amal ibadah yang disunatkan pada musim haji ialah ibadah korban. Waktu penyembelihannya bermula sebaik-baik saja selesai menunaikan sembahyang sunat Aidiladha sehingga terbenam matahari pada hari tasyrik 13 Zulhijjah.
• Apabila dagingnya dibahagi-bahagikan, maka setiap suap yang dimakan orang, baginya adalah seperti memerdekakan seorang anak cucu Nabi Ismail a.s. Haiwan yang dikorbankan itu kelak akan menjadi kenderaan bagi orang yang mengorbankannya pada hari kiamat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”
• Selain daripada itu orang-orang yang melaksanakan ibadah korban dipandang sebagai orang yang baik di antara umat Nabi Muhammad SAW sesuai dengan maksud sabda Rasulullah SAW:
“Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”
• Korban juga dapat menyelamatkan orang yang berkorban dari kejahatan dunia dan akhirat. Dalam hal ini Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
“Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.”
Sesungguhnya ibadah korban itu hukumnya sunat muakkadah iaitu sunat yang sangat dituntut, lebih-lebih lagi kepada orang yang berkemampuan yang telah dilimpahi rezeki kepada mereka. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam maksudnya :
“Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : Barangsiapa yang mempunyai kelapangan (mampu) untuk berkorban tetapi dia tidak berkorban, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersembahyang ini”. (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala dari segi kelebihan ataupun fadilat yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala di dalam melakukan ibadah ini di antarnaya ialah:
1. Mendapat kedudukan yang mulia di sisi Allah Subhanahu Wataala.
2. Dapat menebus dosa iaitu melalui setiap titisan darah binatang yang dikorbankan dan binatang-binatang ini juga bakal menjadi tunggangan di atas titian sirat.
3. Bulu-bulu binatanga yang dikorbankan itu juga adalah satu kebajikan.
dan banyak lagi hadis-hadis tentang kelebihan korban. cuma sedikit apa yang nak saya sampaikan disini ialah, berkorbanlah dengan ikhlas kehadharat allah, kerana dengan ikhlas itulah amalan kita di terima oleh allah.
dan berkorbanlah pada tempat yang sepatutnya ( kena pada tempat yang memerlukan nya ) kerana dengan demikian itu kita telah sempurna melaksanakan apa yang di tuntut oleh SWT,

keadaan umat islam di negara kemboja adalah amat menyedihkan, umat islam di sana sangat kurang daging,

Kebanyakan Mereka Tak Dapat Makan Daging,Kerana Daging Disana Amat Mahal, Sekilo Rm26 Mata Wang Disana Sama Dengan 29ribu Rial, 29 Ribu Rial Itu Bagi Orang Kemboja Nilainya Sangat Tinggi, Kadang-Kadang Sebahgian Mereka Tak Dapat Cari 29ribu Riel Itu Dalam Masa Sebulan,

oleh itu mereka hanya akan dapat makan / merasai daging itu di musim qurban saja, itu pun jika ada insan-insan yang bermurah hati untuk berqurban disana.

mereka selalu mengharapkan ehsan dari orang malaysia, bila ada ustaz-ustaz balik dari malaysia mereka akan bertanya tentang korban, termasuk saya sendiri.

sebab orang malaysia di kenal memang baik hati dan banyak bersedakah, kebanyakan bantuan-bantuan seperti pembinaan masjid, sekolah dan lain-lain memang datang dari malaysia termasuklah korban.

oleh itu saya sangat berharap bahawa kita teruskan amalan yang baik ini sampai bila-bila selagi mana kita mampu untuk melakukan nya.

saya bagi pehak orang kemboja mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat malaysia yang telah melaksanakan ibadah korban ke kemboja, melalui saya / melalui ustaz-ustaz lain, moga-moga di murahkan rezaki dan di panjangkan umur oleh allah swt.

 

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Assalamualikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Program Jom Qurban Di Selatan Kemboja Bersama Ihya Assunnah Solution 1438H/2017M

Dengan Segala Hormatnya Kami Ingin Menarik Perhatian Yang Dihormati Tan Sri / Dato’ Sri/ Dato’ Seri/ Dato’ Sri/Datuk Seri/ Datuk/Dato’/Tuan/Puan/ Muslimin/Muslimat, Saudara/Saudari Yang Dirahmati Allah SWT Sekalian,

Bagi Menyempurnakan Syariat Ilahi Sempena Ibadah Qurban Tahun Ini.

Jom Qurban Di Selatan Kemboja, Dengan RM380 SahajaTuan,Puan Mampu Meringankan Ujian Allah SWT Keatas Kami. Hikmah Disebalik Ujian Allah SWT Adalah Untuk Memberi Peluang Kepada Umat Islam Merebut Tawaran Pahala Dari Allah SWT. Bantuan Tuan,Puan Melambangkan Kemurnian Hubungan Tuan,Puan Dengan  Allah SWT Dan Keprihatinan Tuan,Puan Kepada Umat Islam Seluruh Dunia.

Bantulah Tuan, Puan Mampu Menggerakkan Segala Program Kearah Membina Ummah Yang Mencintai Allah SWT Dan Meneladani Sunnah Rasulullah SAW. Diantara Program Yang Telah Kami Telah Kendalikan Adalah Seperti Berikut :

1- Membiayai 70 Anak Yatim – Markaz Umar Al-Khattab-

Daerah Kg. Som.

2- Membiayai 9 Orang Muallim – Markaz Bahasa Arab Al-Umriah-

Daerah Koh Kong.

3- Membiayai 7 Orang Muallim- Madrasah Nurul Ihsan-Daerah Kampot.

4- Membiayai 6 Orang Muallim –Madrasah Mahmud Mahyuddin-

Daerah Kampot.

5- Membiayai 2 Orang Muallim- Markaz Iman Tarbawi-

Daerah Koh Kong.

6- Menghulurkan Sumbangan 92 Mahasiswa Dan Mahasiswi Islam

Kemboja Di Universiti  Fatoni,Thailand.

7- Ratusan Warga Muallaf, Dan Fakir Miskin Di 3 Daerah Selatan

Kemboja

(Kampot,Kg.Som & Koh Kong).

8- Menghulurkan Sumbangan Kepada Para Imam Dan Guru Agama Di

Masjid-Masjid Di Tiga Buah Daerah Di Selatan Kemboja.

Sila hantar salinan slip bank in tuan-puan kepada kami melalui gmail: ihyaassunnah68@gmail.com

setelah tuan-puan membuat bayaran ke akaun Maybank 553131011505. Jutaan Terima kasih Diatas Sumbangan dan Sokongan Tuan-puan yang berterusan kepada kami.

Kunjungi Kami Di laman Ini:

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/…/program-qurban-…/

Sila kunjungi laman berikut untuk mengetahui aktiviti kebajikan kami di bumi Kemboja :

https://wordpress.com/post/muslimcambodiablog.wordpress.com/1160

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/…/pengenalan-akti…/

Warga Islam Kemboja mati disebabkan kurang zat dalam pemakanan

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/06/21/ikan-ajaib-yang-menyelamat-warga-kemboja/

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/07/24/jom-qurban-di-selatan-kemboja/

 

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s