Ibadah Qurban adalah tanda hampir kita kepada Allah SWT

Kebaikan Ibadah Qurban

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

10 KELEBIHAN QURBAN DALAM ISLAM.

QURBAN bermakna hampir atau dekat, istilah yang lain adalah AL-UDHHIYAH bermakna menyembelih binatang pada waktu dhuha. Ibadah Qurban di syari’atkan pada tahun kedua Hijriyyah. Hal ini di jelaskan dalam al-Qur’an dalam Surah Al-Kauthar, ayat 2:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Oleh itu, kerjakanlah sembahyang (‘Idul Adha) kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah binatang korban (sebagai bersyukur).

Ibadah Qurban merupakan salah satu syariat Allah yang pertama, yang sudah ada sejak zaman Nabi Adam yang diterangkan dalam al-Qur’an dalam Surah Al-Maaidah, ayat 27:

وَاتْلُ عَلَيْهِمْ نَبَأَ ابْنَيْ آدَمَ بِالْحَقِّ إِذْ قَرَّبَا قُرْبَانًا فَتُقُبِّلَ مِنْ أَحَدِهِمَا وَلَمْ يُتَقَبَّلْ مِنَ الْآخَرِ قَالَ لَأَقْتُلَنَّكَ قَالَ إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan Qurban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (Qurban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):” Sesungguhnya aku akan membunuhmu!”. (Habil) menjawab: “Hanyasanya Allah menerima (qurban) dari orang-orang yang bertaqwa”.

Ibadah Qurban yang di lakukan hukumnya adalah sunnah muakkad. Yang ianya Memiliki beberapa hikmah yang terkandung di dalamnya. Di antaranya ialah:

1. Qurban merupakan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan menyembelih binatang yang tertentu.

2. Untuk menambahkan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian seorang Muslim di samping amalan-amalan yang lainnya.

3. Untuk menghapuskan dosa-dosa kecil masa yang lalu sebagai mana sabda Rasulullah yang memerintahkan kepada puterinya Fatimah untuk menyaksikan Qurban yang akan di sembelih.

4. Untuk menambahkan keberkatan rezeki yang di berikan Allah kepada hamba-Nya dengan melaksanakan ibadah Qurban.

5. Sebagai tanda kesyukuran di atas nikmat yang diberikan Allah kepada hamba-Nya.

6. Sebagai salah satu bentuk sedekah dari orang kaya kepada orang miskin (dari orang mampu kepada orang yang tidak mampu) pada hari raya Aidil Adha.

7. Untuk menunjukkan kemampuan dan kekuatan ekonomi masyarakat Islam di satu-satu tempat.

8. Untuk memberikan gambaran tentang kefahaman orang Islam terhadap nilai-nilai ajaran Islam di dalam kehidupan umat Islam.

9. Untuk mencontohi dan mengikuti jejak langkah syariat Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk mengorbankan putera yang tercintanya Nabi Ismail.

10. Sebagai bukti dan saksi di hadapan Allah pada hari kiamat nanti dengan tanduknya, kukunya serta bulunya.

Wahai saudara sekalian, jika kita ada kemampuan dari segi kewangan untuk berqurban, maka disunatkan untuk melakukannya setiap satu tahun sekali mengikut kemampuan masing-masing.

Ya Allah di hari yang mulia ini. Berkatilah saudara saudara kami yang akan melakukan ibadah qurban pada pagi ini, berkatilah rezekinya, pekerjaannya, ahli keluarganya. Mudah-mudahan ibadah qurban yang dilakukannya mendapatkan balasan yang terbaik disisi-Mu di dunia dan di akhirat kelak. Aamiiin. !!!

Wallahu A’lam.
Doakan istiqamah serta Sehat wal Afiat.
Wassalam…

Mudah-mudahan bermanfaat untuk semua.
Dunia Akhirat. Insya-Allah. Aamiinn !!!!!

Q2016

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH

RAYUAN BAGI MENYEMPURNAKAN

BEBERAPA BAHAGIAN QURBAN YANG  BELUM LENGKAP.

KAMI IHYA ASSUNNAH SOLUTION INGIN MENARIK PERHATIAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BERKAITAN DENGAN IBADAH QURBAN 2017M/1438H DI BUMI SELATAN KEMBOJA ADALAH DENGAN NILAI RM 380 SATU BAHAGIAN.

IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI PUSAT-PUSAT PENGAJIAN, PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN DI MASJID YANG TERLETAK DI PEDALAMAN YANG AMAT MEMERLUKAN.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENYERTAAN TERKINI :

LEMBU PERTAMA, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MADRASAH NURUL IHSAN, KAMPOT :

1.1-HASLINA BINTI ISMAIL.

1.2-KAMALIAH BT MAHMOOD.

1.3-MUHAMMAD AMSYAR HAZIM BIN SUHAIMI.

1.4-MUHAMMAD DZUL FAKAR AIMAN BIN SUHAIMI.

1.5-MOHAMMED NAZRI BIN HAMZAH.

1.6-SAID BIN CHE MAT.

1.7-SHAMSIAH BT ABDUL MAJID.

AQIQAH : DARIA SUFI NUR SUMAYYA RM700

LEMBU KEDUA, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MADRASAH AL-HUSAINI, KG. MOLEKUL, KAMPOT, SELATAN KEMBOJA.

2.1-NOR HASHIMAH BT ABDULLAH.

2.2-TENGKU-PONDOK P.TUMBOH.

2.3-RAHMAH NOORDIN

2.4-MEHDI RIAZI.

2.5-SALMAN RIAZI.

2.6-AMIR MOHD HELMI.

2.7-PIAH BINTI LELA SUTAN.

LEMBU KE TIGA, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MASJID ISMAILI, THOL TENG, KAMPOT,SELATAN KEMBOJA.

3.1-HAMBA ALLAH.

3.2- SITI NADIAH BT SAMSUDDIN.

3.3- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.4- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.5- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.6- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.7-KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.
Jumlah Penyertaan terkini, (16/8/2017) Mohon Para Sahabat Yang Budiman Melengkapkan Baki Bahagian Yang Belum Mendapat Penyertaan.

Kami juga menerima sumbangan untuk disalurkan kepada masyarakat Islam Selatan Kemboja yang amat-amat memerlukan.

Kepada yang berminat sila hubungi atau WhatsApp ke nombor *019-9576237* (Ustaz Amin).

Tarikh tutup 25 Ogos 2017 – Sila hantar salinan slip bank in tuan-puan kepada kami melalui gmail ihyaassunnah68@gmail.com setelah tuan-puan membuat bayaran ke akaun Maybank 553131011505. Jutaan Terima kasih Diatas Sumbangan dan Sokongan Tuan-puan yang berterusan kepada kami.

Mohon Ihsan Para Sahabat Yang Budiman Untuk Sama-Sama Menyampaikan Risalah Ini Kepada Waris Terdekat dan Sahabat Handai. Jutaan Terima Kasih Diatas Keprihatinan Semua Pihak.

Kunjungi Kami Di laman Ini:

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/…/program-qurban-…/

Sila kunjungi laman berikut untuk mengetahui aktiviti kebajikan kami di bumi Kemboja :

https://wordpress.com/…/muslimcambodiablog.wordpress.c…/1160

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/…/pengenalan-akti…/

Warga Islam Kemboja mati disebabkan kurang zat dalam pemakanan

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s