10 Dosa-dosa Besar menurut Al-Quran

No automatic alt text available.

Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution

_*10 Dosa-dosa Besar menurut Al Quranul Karim*_

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

– اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
– اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
– اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

Dosa adalah tindakan yang melanggar norma atau aturan yang telah ditetapkan Allah SWT. Al-Quran menceritakan 10 macam dosa-dosa besar yang di lakuakn oleh manusia dan Allah SWT memberikan ancaman yang keras kepada mereka yang melanggar ketetapan AllahSWT.

*1. Syirik (Menyekutukan Allah SWT).*

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya”._
(Surah An Nisaa ayat 48).

Dan Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya syurga”._
(Surah Al Maidah ayat 72)

*2. Berputus asa dari mendapatkan rahmat Allah SWT.*

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir”._
(Surah Yusuf ayat 87).

*3. Merasa aman dari ancaman Allah SWT.*

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Tiadalah yang merasa aman dari azab Allah kecuali orang-orang yang merugi.”_
(Surah Al A’raaf ayat 99)

*4. Berbuat derhaka kepada kedua orang tua.*

Allah SWT mensifati orang yang berbuat durhaka kepada kedua orang tuanya sebagai orang yang jabbaar syaqiy ‘orang yang sombong lagi celaka’.

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka”._
(Surah Maryam ayat 32).

*5. Membunuh.manusia tanpa di benarkan.*

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya”._
(Surah An Nisaa ayat 93).

*6. Menuduh wanita baik-baik berbuat zina.*

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Sesungguhnya orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik, yang lengah lagi beriman (berbuat zina), mereka kena laknat di dunia dan akhirat, dan bagi mereka azab yang besar”._
(Surah An Nuur ayat 23)

*7. Memakan riba.*

Allah SWT berfirman maksudnya:
_”Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila”._
(Surah Al Baqarah ayat 275)

*8. Lari dari medan pertempuran.*

Maksudnya, saat kaum Muslimin diserang oleh musuh mereka, dan kaum Muslimin maju mempertahankan diri dari serangan musuh itu, kemudian ada seseorang individu Muslim yang melarikan diri dari pertempuran itu.

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Barangsiapa yang membelakangi mereka (mundur) di waktu itu, kecuali berbelok untuk (siasat) perang atau hendak menggabungkan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya orang itu kembali dengan membawa kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka Jahannam. Dan amat buruklah tempat kembalinya”._
(Surah Al Anfaal ayat 16)

*9. Memakan harta anak yatim.*

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)”._
(Surah An Nisaa ayat 10)

*10. Berbuat zina.*

Allah SWT berfirman maksudnya :
_”..dan tidak berzina dan barangsiapa yang melakukan demikian itu, nescaya dia mendapat (pembalasan) dosa (nya), (yakni) akan dilipat gandakan azab untuknya pada hari kiamat dan dia akan kekal dalam azab itu dalam keadaan terhina”._
(Surah Al Furqaan ayat 68-69)

*Cara menghapus dosa besar:*

Di dalam Al Quran di sebutkan bahawa Allah akan mengampunkan semua dosa kecuali syirik . Orang yang syirik jika nak bertaubat kena mengucap dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha. Selain daripada dosa syirik perlu dengan taubat nasuha dan berusaha sekuat tenaga untuk tidak mengulangi perbuatan dosa tersebut insya Allah akan diampunkan dan apabila dosa yang berkaitan dengan manusia misalnya menzalimi manusia maka harus meminta maaf kepada orang yang di zalimi.

Shadaqallahul’azhim.
والله أعلم بالصواب
Waallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)

Q2016

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH

RAYUAN BAGI MENYEMPURNAKAN

BEBERAPA BAHAGIAN QURBAN YANG  BELUM LENGKAP.

KAMI IHYA ASSUNNAH SOLUTION INGIN MENARIK PERHATIAN KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BERKAITAN DENGAN IBADAH QURBAN 2017M/1438H DI BUMI SELATAN KEMBOJA ADALAH DENGAN NILAI RM 380 SATU BAHAGIAN.

IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI PUSAT-PUSAT PENGAJIAN, PUSAT PENJAGAAN ANAK-ANAK YATIM DAN DI MASJID YANG TERLETAK DI PEDALAMAN YANG AMAT MEMERLUKAN.

BERIKUT ADALAH SENARAI PENYERTAAN TERKINI :

LEMBU PERTAMA, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MADRASAH NURUL IHSAN, KAMPOT :

1.1-HASLINA BINTI ISMAIL.

1.2-KAMALIAH BT MAHMOOD.

1.3-MUHAMMAD AMSYAR HAZIM BIN SUHAIMI.

1.4-MUHAMMAD DZUL FAKAR AIMAN BIN SUHAIMI.

1.5-MOHAMMED NAZRI BIN HAMZAH.

1.6-SAID BIN CHE MAT.

1.7-SHAMSIAH BT ABDUL MAJID.

AQIQAH : DARIA SUFI NUR SUMAYYA RM700

LEMBU KEDUA, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MADRASAH AL-HUSAINI, KG. MOLEKUL, KAMPOT, SELATAN KEMBOJA.

2.1-NOR HASHIMAH BT ABDULLAH.

2.2-TENGKU-PONDOK P.TUMBOH.

2.3-RAHMAH NOORDIN

2.4-MEHDI RIAZI.

2.5-SALMAN RIAZI.

2.6-AMIR MOHD HELMI.

2.7-PIAH BINTI LELA SUTAN.

LEMBU KE TIGA, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MASJID ISMAILI, THOL TENG, KAMPOT,SELATAN KEMBOJA.

3.1-HAMBA ALLAH.

3.2- SITI NADIAH BT SAMSUDDIN.

3.3- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.4- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.5- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.6- KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.

3.7-KOSONG-BELUM ADA TEMPAHAN.
Jumlah Penyertaan terkini, (16/8/2017) Mohon Para Sahabat Yang Budiman Melengkapkan Baki Bahagian Yang Belum Mendapat Penyertaan.

LEMBU KE EMPAT, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MADRASAH MAHMUD MAHYUDDIN, KAMPOT,SELATAN KEMBOJA. LEMBU KE LIMA, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MASJID HAKIM HASSAN, KG. SOM,SELATAN KEMBOJA. LEMBU KE ENAM, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI PUSAT BAHASA ARAB AL-UMRIAH, KOH KONG,SELATAN KEMBOJA. LEMBU KE TUJUH, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI MADRASAH IMAN TARBAWI, KOH KONG, SELATAN KEMBOJA. LEMBU KE LAPAN, IBADAT QURBAN AKAN DILAKSANAKAN DI PERKAMPUNGAN MUALLAF YANG AMAT MISKIN , KG. TURKI, KOH KONG, SELATAN KEMBOJA.

Kami juga menerima sumbangan untuk disalurkan kepada masyarakat Islam Selatan Kemboja yang amat-amat memerlukan.

Kepada yang berminat sila hubungi atau WhatsApp ke nombor *019-9576237* (Ustaz Amin).

Tarikh tutup 24 Ogos 2017 – Sila hantar salinan slip bank in tuan-puan kepada kami melalui gmail ihyaassunnah68@gmail.com setelah tuan-puan membuat bayaran ke akaun Maybank 553131011505. Jutaan Terima kasih Diatas Sumbangan dan Sokongan Tuan-puan yang berterusan kepada kami.

Mohon Ihsan Para Sahabat Yang Budiman Untuk Sama-Sama Menyampaikan Risalah Ini Kepada Waris Terdekat dan Sahabat Handai. Jutaan Terima Kasih Diatas Keprihatinan Semua Pihak.

Kunjungi Kami Di laman Ini:

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/…/program-qurban-…/

Sila kunjungi laman berikut untuk mengetahui aktiviti kebajikan kami di bumi Kemboja :

https://wordpress.com/…/muslimcambodiablog.wordpress.c…/1160

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/…/pengenalan-akti…/

Warga Islam Kemboja mati disebabkan kurang zat dalam pemakanan

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017

 

Dengan nilai RM380 bersama niat yang penuh ikhlas beribadat di Jalan Allah, akan mendapat pahala yang tidak mampu dihitung oleh akal manusia. Dengan penuh keyakinan bersandarkan hadis melalui perawi Zaid bin Arqam R.A. meriwayatkan (maksudnya): “Para sahabat Rasulullah bertanya: ‘Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?’ Rasulullah menjawab: ‘Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim’. Mereka berkata: ‘Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai rambut satu kebajikan’. Mereka berkata: ‘Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?’ Rasulullah menjawab: ‘Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.’” (Hadith riwayat Ibnu Majah)

Bantulah Tuan, Puan Mampu Menggerakkan Segala Program Kearah Membina Ummah Yang Mencintai Allah SWT Dan Meneladani Sunnah Rasulullah SAW. Diantara Program Yang Telah Kami Telah Kendalikan Adalah Seperti Berikut :

1- Membiayai 70 Anak Yatim – Markaz Umar Al-Khattab-

Daerah Kg. Som.

2- Membiayai 9 Orang Muallim – Markaz Bahasa Arab Al-Umriah-

Daerah Koh Kong.

3- Membiayai 7 Orang Muallim- Madrasah Nurul Ihsan-Daerah Kampot.

4- Membiayai 6 Orang Muallim –Madrasah Mahmud Mahyuddin-

Daerah Kampot.

5- Membiayai 2 Orang Muallim- Markaz Iman Tarbawi-

Daerah Koh Kong.

6- Menghulurkan Sumbangan 92 Mahasiswa Dan Mahasiswi Islam

Kemboja Di Universiti  Fatoni,Thailand.

7- Ratusan Warga Muallaf, Dan Fakir Miskin Di 3 Daerah Selatan

Kemboja

(Kampot,Kg.Som & Koh Kong).

8- Menghulurkan Sumbangan Kepada Para Imam Dan Guru Agama Di

Masjid-Masjid Di Tiga Buah Daerah Di Selatan Kemboja.

Jutaan terima kasih diatas sumbangan dan sokongan yang berterusan dari Insan-Insan Mulia dari Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia, In Sya  Allah sumbangan anda akan kami sempurnakan di hari yang mulia di Hari Raya Aidil Adha melalui wakil Mahsiswa dan Mahasiswi Universiti Fatoni, para imam, para pendakwah dan para ustaz yang telah menabur jasa di bumi Kemboja- In Sya Allah.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s