Kisah seseorang yang menjemput kematian — RI32’s WEBLOG

Dikisahkan bahwa malaikat maut bertemu dengan Nabi Sulaiman AS. Ia datang dengan bentuk manusia sehingga tak seorang pun yang mengetahui kedatangannya selain Nabi Sulaiman. Saat itu Nabi Sulaiman sedang berkumpul dengan beberapa orang sahabatnya. Saat malaikat maut hendak pergi ia memandang salah seorang sahabat Nabi Sulaiman dengan pandangan yang aneh, lalu pergi. Setelah malaikat maut pergi, sahabat Nabi Sulaiman itu bertanya, “Wahai Nabiyullah, mengapa ia memandangiku […]

via Kisah seseorang yang menjemput kematian — RI32’s WEBLOG

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan Segala Hormatnya Dan Dengan Penuh Takzim Kami Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Dan Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Yang Dihormati Tan Sri / Dato’ Sri  / Datuk Seri / Datuk / Dato’ / Tuan / Puan/ Muslimin / Muslimat, Saudara / Saudari Yang Dirahmati Allah SWT  Sekalian Diatas Sokongan Dan Kepercayaan Yang Tidak Berbelah Bagi Kepada Pihak Kami Ihya Assunnah Solution.

 

Kami bersama sahabat di Malaysia dan juga di Kemboja yang berusaha bertungkus lumus mempertahankan kesucian agama melalui program kebajikan sebagai program sampingan tetapi program dan matlamat utama kami yang sebenar adalah mengukuhkan kalimah tauhid di bumi Kemboja.

 

Demi membuktikan kemuliaan  dan keunggulan agama Allah SWT di bumi Kemboja, kami amat berharap bantuan dan sokongan semua pihak untuk memberi ilmu agama kepada masyarakat Islam Kemboja yang amat kurang ilmu pengetahuan agama. Begitu juga dari segi status kedudukan ekonomi yang amat lemah, kami Ihya Assunnah Solution amat memerlukan tenaga pakar dari luar Negara untuk melatih kemahiran masyarakat Islam Kemboja bagi meningkatkan ekonomi mereka. In Sya Allah dengan bantuan dan kemahiran yang diberikan nanti, umat Islam Kemboja mampu menghadapi persaingan ekonomi Kemboja yang sedang berkembang pesat.

 

Bagi menjayakan hasrat dan cita-cita mulia tersebut di atas , kami memohon jasa baik semua pihak untuk membantu kami.

 

Marilah kita sama-sama  renungi dan fahami pesanan Rasulullah SAW melalui Hadis yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir berbunyi:

 

Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang bagaikan satu tubuh, apabila satu anggota badan merintih kesakitan, maka seluruh badan akan merasakan panas dan demam”. (HR. Muslim).

 

Daripada Abu Said al-Khudri r.a, dari Nabi S.A.W, Baginda telah bersabda yang maksudnya:                                                                            

”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.(At-Tirmidzi)                                                                                                                  

Demi keimanan dan ketauhidan kita pada Allah SWT, kita  zahirkan melalui tindakan membantu umat Islam yang tertindas di seluruh dunia seperti di Syria, Myanmar, Palestin, Iraq dan sebagainya. Tujuan Allah SWT menguji mereka adalah untuk melahirkan insan-insan yang benar-benar sensitive terhadap talian persaudaraan seaqidah dikalangan kita. Allah SWT amat berbangga dengan orang mukmin yang remaja dan kuat imannya yang membantu umat Islam yang sedang diuji. Bukan semua umat Islam sanggup menggadaikan nyawa dan raga demi membantu saudara mereka seaqidah.

Marilah kita menjadi insan kebanggan Allah SWT dan Rasulullah SAW. Buktikan Islam tidak membenci mana-mana agama, malahan Islam sentiasa meraikan semua fahaman dan menolak segala bentuk kezaliman. Umat Islam Kemboja perlu disedarkan tentang peluang keemasan yang ada dan diberi peringatan agar tidak mewujudkan permusuhan dengan semua pihak yang mendiami bumi Kemboja.

 

Disamping ucapan kesyukuran diatas nikmat keimanan, nikmat kesihatan, nikmat keamanan di bumi Malaysia. Marilah kita menambah dan memanjangkan nikmat tersebut melalui derma dan bakti kepada umat Islam di bumi Kemboja dan di lain-lain negara kerana Allah SWT berjanji kepada mereka yang sentiasa bersyukur di atas nikmat yang dikurniakan akan ditambah nikmat yang lain berlipat kali ganda. Kita adalah makhluk yang lahir dari janin ibu tanpa memiliki ilmu dan harta, semua yang kita miliki adalah anugerah dari Allah SWT Yang Maha Esa sebagi pinjaman sementara kepada kita semua. Apabila tiba masa yang Allah SWT telah tetapkan, kita dan segala nikmat yang ada pada kita akan diambil kembali oleh Allah SWT. Sebelum tiba masa tersebut marilah kita membuat persediaan lebih awal melalui amal soleh dan sedekah jariah-In Sya Allah.

 

Untuk makluman semua pihak Ihya Assunnah Solution telah menghulurkan bantuan yang berterusan kepada beberapa institusi di Kemboja sepertimana senarai dibawah, ( Jika ada dana yang disumbangkan ):

 

Berikut adalah senarai institusi yang dikelolakan oleh para sahabat di bumi Kemboja :

 

1- Membiayai 70 Anak Yatim–Markaz Umar Al-Khattab, Daerah Kg.Som.

2- Membiayai 9 Orang Muallim–Markaz Bahasa Arab Al-Umriah, Daerah Koh Kong.

3- Membiayai 7 Orang Muallim-Madrasah Nurul Ihsan,Daerah Kampot.

4- Membiayai 6 Orang Muallim–Madrasah Mahmud Mahyuddin,Daerah Kampot.

5- Membiayai 2 Orang Muallim-Markaz Iman Tarbawi-Daerah Koh Kong.

6- Menghulurkan Sumbangan 92 Mahasiswa Dan Mahasiswi Islam Kemboja

Di Universiti  Fatoni,Thailand.

 

7- Ratusan Warga Muallaf  Dan Fakir Miskin Di Tiga Daerah Selatan Kemboja

( Kampot, Kg. Som & Koh Kong ).

 

8- Menghulurkan Sumbangan Kepada Para Imam Dan Guru Agama Di Masjid-Masjid

Dan Madrasah-Madrasah Di Tiga Buah Daerah Di Selatan Kemboja.

 

Sekian, Jutaan terima kasih diatas sumbangan dan sokongan yang berterusan dari Insan-Insan Mulia di  Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia. Dengan izin Allah SWT sumbangan dan amanah semua pihak, dapat kami sempurnakan dengan jayanya.

 

Semoga Allah SWT Memberkati Segala Usaha Amal Kebajikan Kita Semua.

 

 

 

Al-Fakir Ila Allah

 

Markaz Umar Al-Khattab Di Kampung Som, Selatan Kemboja Dibawah seliaan Asian Faundation For Education And Developman memohon jasa baik semua pihak untuk membantu kami menyiapkan tandas dan tangki air bersih bernilai USD 750 melalui akaun bank Acleda Bank Plc No 0700 02129439 1 3 atau  Akaun Maybank Ihya Assunnah Solution 553131011505.

Sila hantar sms atau slip bank in ke talian 0199576237 Ustaz Amin AJK  Asian Faundation For Education And Developman ( wakil di Malaysia ) atau email kepada ihyaassunnah68@gmail.com atau Dr. Zahry (Pengurus Markaz Umar Al-Khattab-Kemboja) +855 88580 8813.

Nota Tambahan:
Mohon jasa baik tuan/puan war-warkan mesej ini kepada individu2 dan group2 lain.
Wassalam.

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s