PECUTAN 10 MALAM TERAKHIR

Photo

8 TIPS LAILATUL QADR

1) JANGAN TINGGAL solat MAGHRIB berjamaah.
-Kerana permulaan MALAM itu sejak dari masuknya waktu Maghrib.

JANGAN TINGGAL solat ISYAK berjamaah
-Disebutkan dalam hadith dari Musnad Imam Ahmad, bahawa orang yang solat Isyak berjamaah memperoleh pahala qiyam separuh malam.

3)JANGAN TINGGAL solat Ba’diyah Isyak
-Ini merupakan salah satu solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Sidna Rasul صلى الله عليه و آله وصحبه وسلم baik ketika hadhir atau safar,dalam Ramadan dan selainnya

4)SELESAIKAN solat Tarawih/Qiyam BERSAMA IMAM dengan sempurna.
-Juga dalam hadith riwayat Imam Ahmad,pahala qiyam Ramadan bersama Imam sehingga selesai adalah seperti berdiri sepanjang malam tanpa tidur.

5)JANGAN LUPA bangun Sahur.
-Meskipun hanya untuk makan,ia juga bahagian dari ibadah Malam.

6)JANGAN LUPA istighfar ketika waktu Sahur
-Allah memuji orang yang beristighfar pada waktu sahur,seperti yang terkandung dalam Surah Aali Imran.

7)SENTIASA sediakan wang sadaqah pada setiap malam Ramadan.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Tirmdizi,bahawa sebaik-baik sadaqah adalah di DALAM RAMADAN.

8)JANGAN TINGGAL solat SUBUH berjamaah.
-Disebut dalam hadith riwayat Imam Muslim,solat subuh berjemaah dikurnia ganjaran berjaga sepanjang malam untuk ibadah.

Siapa yang amalkan kesemua lapan perkara ini,in sya Allah tidak akan terlepas dari mendapatkan kebaikan Lailatul Qadar,meskipun dia tidak menyaksikan tanda-tandanya.

mukha yanah


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Salam Ramadhan Al-Kareem

 

MOHON SUMBANGAN IKHLAS BAGI MERINGANKAN BEBAN UMAT ISLAM DI SELATAN, KEMBOJA YANG MENDAPAT UJIAN ALLAH SWT

 

KELEBIHAN WAKAF DAN BERINFAQ HARTA JALAN ALLAH SWT.

 

Allah ta’aala menjanjikan kelebihan dan keutamaan di sebalik kedermawanan seseorang yang rajin berinfaq.

 

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

 

“Katakanlah, “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya).” Dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.” (QS Saba’ ayat 39)

 

Bahkan dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW  menggambarkan keuntungan yang bakal diraih seseorang yang rajin berinfaq di pagi hari sekaligus kerugian yang bakal dideritanya bilamana ia tidak peduli berinfaq di pagi hari.

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا

وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)

 

Tidak ada satu  subuh pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat.        Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)

 

Jom berinfaq  dan berwaqaf  di Jalan Allah SWT melalui Ihya Assunnah Solution

Bantulah warga muslim Melayu Champa di pendalaman Selatan Kemboja, semoga dengan sumbangan tersebut membuat Allah SWT membuka pintu rezeki buat tuan dengan melimpah ruah in sya Allah.

 

Besarlah Harapan Kami Umat Islam Melayu Champa Di Selatan, Kemboja  Kepada Saudara-Saudari  Seagama Untuk Menderma  RM10 Bagi Bagi Meringankan Beban Umat Islam Islam Di Selatan, Kemboja Yang Mendapat Ujian Allah Swt

 

. Hulurkan sumbangan ikhlas anda melalui Ihya Assunnah Solution Maybank 553131011505 – Sumbangan Anda Lambang Kekuatan Pertalian Ukhuwah Islamiah Seaqidah Dan Lambang Ketinggian Iman Anugerah Allah SWT Yang Tidak Dapat Dinilai Oleh Makhluk Ciptaan Allah SWT. Hanya Allah SWT Sahaja Yang Mampu Membalas Setiap Sen Yang Anda Sumbangankan Di Jalan Nya.
Mohon hantar salinan slip bank in ke talian +6 0199576237(Ustaz Amin) http://ipkkelantan.wasap.my

atau emaikan ke ihyaassunnah68@gmail.com untuk direkod maklumat yang anda sumbangankan. Jazakumullahu Khairul Jaza’ Fiddunya WalAkhirah Ya Mujiibas Sailiin….

Sila kunjungi kami

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/2017/12/29/asian-fondatiaon-for-education-and-development/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/02/03/melayu-champa-cambodia/

https://wordpress.com/post/peribadirasulullah.wordpress.com/46725

https://peribadirasulullah.wordpress.com/2018/03/03/ihya-assunnah-solution-menunaikan-amanah-warga-malaysia-di-sihanoukville-selatan-kemboja/

Pengenalan Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/watch?v=13Gi0MilEa0

Misi Menyampaikan Bantuan Ke Selatan Kemboja 2017

https://www.youtube.com/watch?v=64UO1RimxQI

Jutaan Terima Kasih Dan Ucapan Setinggi-tinggi Penghargaan Kepada Insan-Insan Mulia Yang Telah Menderma- Amanah Tuan-Puan Akan Kami Tunaikan – Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah SWT… Amin Ya Allah, Terimalah Amalan Kami…..

Wahai Sahabat-Sahabtku, Kami meminta kepada kalian sedikit sumbangan dari kalian kerana kami dengar pesanan Allah SWT, bahawa pada harta kalian ada bahagian untuk kami iaitu zakat untuk fakir miskin dan ibnu sabil…

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s