Syeikh Hamza Yusuf

Syeikh Hamza Yusuf – Akar Krisis Kita

TAMADUN ISLAM SEBUAH TAMADUN KUALITATIF DAN KUANTITATIF

Menurut Syeikh Hamza Yusuf, semua perkara bermula dengan idea. Dan idea itu menarik (intriguing) kerana ia merupakan kandungan minda kita. Namun, kita sering kali gagal memeriksa kandungan minda kita. Metafizik membolehkan kita memeriksa andaian-andaian.

Tamadun Islam merupakan sebuah tamadun kualitatif dan kuantitatif. Tamadun Islam merupakan tamadun yang memiliki banyak idea sekaligus menghasilkan banyak benda di dunia dan meninggalkan kesan tersendiri di dunia. Dua ilmu utama Tamadun Islam ialah Tatabahasa dan Geometri (DBP: Sains tentang perhubungan dan sifat-sifat garisan, sudut, permukaan dan bongkah).

Muslim berusaha keras menguasai Bahasa Arab untuk memahami Wahyu. Mereka ingin mengetahui semua kemungkinan ayat dan maksud al-Quran. Penguasaan Bahasa Arab yang baik juga membolehkan mereka memahami Hadith. Bahkan masyarakat Yahudi akan mendasarkan kamus (lexicon) mereka kepada kamus Bahasa Arab yang diusahakan oleh Tamadun Islam.

Berkenaan geometri, kita boleh temukan corak geometri di tempat-tempat Muslim seperti di masjid dan lain-lain. Euclid, sebagai contoh, telah dipelajari secara habis-habisan oleh para sarjana Islam. Euclid bahkan diperkenalkan semula kepada Tamadun Eropah melalui karya-karya Bahasa Arab yang mensyarahkan Euclid. Menurut Qadi Abu Bakar ibn al-Arabi (dalam karyanya berjudul Rihlah), beliau telah menguasai 13 buah buku Euclid ketika berumur 15 tahun. Beliau bahkan mampu menggunakan ilmu ini untuk memahami kedudukan bintang pada usia semuda itu.

Salah satu sebab Euclid dianggap sebagai salah seorang pemikir penting yang mempengaruhi Tamadun Islam dan Tamadun Barat ialah kepandaian dan kebolehan beliau sebagai seorang ahli metafizik. Euclid tidak akan mampu berteorem tanpa mempunyai andaian-andaian tertentu terlebih dahulu. Aksiom, andaian dan common notion boleh ditemukan dalam karya beliau sekalipun tidak dapat dibuktikan. Kesemuanya ini merupakan Prinsip Pertama. Metafizik membahaskan perkara-perkara yang tergolong dalam Prinsip Pertama seperti ini.

 

PELAJAR SEKARANG KETANDUSAN METAFIZIK

Muslim selalu mulakan ilmu mereka dengan 10 mabadi. Para pelajar sekarang tidak didedahkan dengan asas metafizik atau Prinsip Pertama yang mendasari sesebuah andaian yang hebat. Sebagai contoh, Teologi kini dianggap tidak bermakna. Apabila dikatakan “There is no god but God” kepada kebanyakan daripada mereka yang berkhidmat di Jabatan Kemanusiaan atau Falsafah, mereka akan mengatakannya “meaningless” (tidak bermakna).

Adakah Sir Isaac Newton akan dikenali sebagai seorang saintis sekiranya dia hidup pada zaman kita sedangkan beliau mempunyai banyak andaian metafizik berkenaan kajian dan pandangan alamnya? Beliau malah meyakini kewujudan Tuhan dan Bible. Menurut beliau, dunia merupakan sebuah “supernatural event“.

Sains moden kita tidak boleh merujuk sesuatu yang supernatural untuk menjelaskan apa-apa pun. Ini menjelaskan mengapa Darwinisme masuk akal bagi mereka kerana mereka menyingkirkan perspektif metafizik atau sesuatu yang divine.

Ada juga pihak yang kini dikenali sebagai New Atheist yang mengatakan bahawa keimanan itu tidak rasional atau keimanan ialah meyakini sesuatu tanpa dalil atau bukti. Perkara ini tentu sekali menyalahi Abrahamic tradition kerana salah satu aspek penting Abrahamic tradition ialah tidak menafikan peranan akal dalam keimanan.

Kita perlu luangkan masa dan bekerja keras untuk memahami kesimpulan St. Thomas Aquinas berkenaan 5 bukti atau dalil kewujudan Tuhan. Begitu juga dengan Kalam Cosmological Argument yang terdapat dalam pandangan alam Islam. Perlukan masa untuk benar-benar faham Kalam Cosmological Argument. Ia tidak boleh difahami secara simplistik sahaja.

Salah seorang ahli metafizik Islam ialah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau meyakini bahawa akar masalah kita ialah krisis metafizik. Kita hanya berhadapan dengan perkara-perkara superficial selagimana kita tidak menghadapi krisis metafizik yang sebenar. Anda boleh cuba selesaikan masalah politik tetapi masalah politik hanya superficial. Sebagai contoh, kita masih berhadapan dengan kesan Civil War kerana akar masalah sebenar masih belum diselesaikan.

 

MENELADANI PENGALAMAN IMAM AL-GHAZALI

Kitab Maqasid al-Falasifah karya Imam al-Ghazali telah dimanfaatkan oleh komuniti Yahudi. Karya Imam al-Ghazali ini dikecam oleh sebahagian ulama kerana dilihat membolehkan lebih ramai orang awam faham Falsafah Peripatetik yang dibincangkan oleh Ibnu Sina. Karya ini juga boleh dilihat sebagai persediaan Imam al-Ghazali untuk mengkritik Falsafah Peripatetik sebagaimana yang boleh kita lihat dalam karya beliau yang lain iaitu Tahafut al-Falasifah.

Sebahagian daripada masalah tamadun kita hari ini ialah apabila ada Imam yang tidak pernah mengaji mikrobiologi tetapi menulis tentang kebatilan Evolusi. Tamadun kita menjadi semakin simplistik. Pendekatan kita dalam menghadapi masalah menjadi simplistik.

Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud semua orang perlu menjadi ahli metafizik kerana amanah ini begitu sukar dan tidak mampu dilakukan oleh semua orang. Tetapi kita akan menghadapi masalah yang besar sekiranya mereka tiada kerana kita akan kehilangan pembela intelektual keimanan kita. Kehampaan pembelaan ini seterusnya mengakibatkan fanatisme atau yang lebih teruk lagi keganasan kerana fanatisme seringkali menyebabkan keganasan. Selain itu, kita juga akan kehilangan ahli komuniti yang cerdas atau memiliki ketajaman intelektual kerana mereka tidak menemukan jawapan bagi soalan-soalan yang mereka fikirkan. Tidak dinafikan bahawa dunia merupakan sebuah tempat yang dipenuhi masalah. Kehilangan asas intelektual pula biasanya disusuli dengan hilangnya ketaatan.

MENELADANI PENGALAMAN IMAM TAFTAZANI

Syeikh Hamza Yusuf kemudiannya memperkenalkan kitab Aqaid Nasafi dan Imam Taftazani sebagai pensyarah kitab ini. Imam Taftazani diceritakan pernah tergolong sebagai pelajar lemah. Ada yang mengaitkan perubahan beliau daripada seorang pelajar yang lemah kepada seorang ulama yang berwibawa dengan keikhlasan yang ada pada dirinya.

Kita meyakini adanya pembukaan sebagai kurniaan daripada Allah. Salah satu nama Allah ialah al-Fattah. Dia boleh kurniakan kita pembukaan sekiranya Dia mahu. Dalam tradisi kita, kesedaran akli atau intelektual (intellectual awakening) tidak berbeza daripada kesedaran ruhi (spiritual awakening) kerana akal dan ruh tidak berpisah.

 

METAFIZIK DAN ETIKA

Asas metafizik tradisi kita mempengaruhi etika, ekonomi dan politik kita. Ingat, Muslim tidak pernah hasilkan seorang Machiavelli. Pada masa yang sama, Muslim tidak lagi memiliki ahli falsafah etika yang serius. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ada sarjana yang mempertahankan suicide bombing kerana mereka tidak memahami implikasisuicide bombing yang sebenar iaitu membuka pintu atau peluang membunuh diri yang merupakan salah satu dosa besar. Membuka pintu bunuh diri kepada orang yang sedih atau sugul tentunya bukan perkara yang baik. Syeikh Hamza Yusuf seterusnya menekankan kepentingan bekerjasama dengan komuniti agama yang lain untuk masa hadapan kehidupan beragama yang lebih baik di Amerika.

https://wordpress.com/read/blogs/147113680/posts/803

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s