Arkib Kategori: As-Salihin Trustee Berhad

As-Salihin Trustee Berhad

Image may contain: 1 person, text

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people

 

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Dalam membina kehidupan berkeluarga, isteri banyak memainkan peranan yang penting membantu suami mencipta kejayaan dan menambah aset, untuk kemudahan sendiri dan ahli keluarga. Namun kehidupan berkeluarga ini tak akan kekal selamanya. Ada yang terputus dek kerana penceraian, atau sinarnya menjadi malap akibat suami mengamalkan poligami, dan yang paling pasti pabila ajal menjemput suami.

Di kala terputusnya hubungan berkeluarga antara suami dan isteri, si isteri pastinya mengharapkan sesuatu daripada aset yang diperolehi sepanjang perkahwinan mereka. Apa tidaknya, isteri juga memberikan sumbangan dalam memperolehi harta tersebut. Kalau bukan dalam bentuk wang sekalipun, masih ada sumbangan bersifat tenaga, pemikiran, emosi, psikologi dan sebagainya.

Di Malaysia, para isteri diberi ruang untuk membuat tuntutan harta sepencarian. Dan ini sekurang-kurangnya dapat menjadi penawar buat mereka, kala mana hati sedang berduka lara akibat perceraian, poligami, atau kematian suami. Ini juga setidaknya menjadi hadiah kepada mereka untuk jerit payah dan penat lelah sepanjang perhubungan mereka sebagai suami dan isteri.

Namun tuntutan harta sepencarian bukanlah semudah ABC. Pelbagai prosedur mahkamah perlu dilalui, perlu tahan emosi, mental perlu kental, pembuktian perlu dikemukakan. Mungkin keputusan yang diperolehi, tak sama dengan apa yang dihajati.

Dengan Perjanjian Aset Perolehan Bersama, pasangan suami dan isteri dapat melaksanakan satu perjanjian berkaitan pemberian aset tertentu kepada pasangan masing-masing.

Terutamanya untuk isteri, perjanjian ini dapat memastikan sekiranya apa-apa berlaku terhadap rumahtangga mereka, atau kematian menimpa suami, sekurang-kurangnya harta yang dijanjikan untuk diberikan kepada isteri melalui perjanjian ini, akan dapat diagihkan sepenuhnya, mengikut apa yang dipersetujui dalam perjanjian ini.

Jadi, tempat tinggal atau wang perbelanjaan atau perniagaan yang dijalankan oleh ahli keluarga, semua ini dapat dipastikan untuk diagihkan kepada isteri, apabila suami telah tiada nanti, atau sekiranya mereka bercerai, atau di kala suami mengamalkan poligami.

Kematian serentak suami dan isteri (common disaster) adalah antara perkara yang merisaukan kebanyakan pasangan. Apatah lagi sekiranya mereka meninggal dunia berdua dan meninggalkan anak-anak yang masih di bawah umur (18 tahun).

Antara yang selalu bermain di fikiran sekiranya situasi ini berlaku:
1. “Siapa yang akan menjaga anak-anak saya?”
2. “Duit pusaka untuk anak-anak nanti, siapa yang akan pegangkan? Tak susahkan dia ke? Dia pun ada anak sendiri nak dibela. Eh, kalau duit anak-anak saya tu nanti dia songlap, macamana?”
3. “Boleh ke dia pastikan semua perbelanjaan harian, makan minum, sekolah, pakaian, perubatan dan segala aspek kehidupan anak-anak saya diuruskan dengan baik?”
4. “Rumah kami nanti, tukar nama siapa? Anak-anak masih kecil. Hutang bulanan rumah ni macamana nak bayar?”
5. “Wang takaful saya hibahkan kepada isteri. Jika isteri meninggal bersama saya, anak-anak dapat ke? Duit tu pergi ke mana nanti?”
6. “Family business kami ni, kalau kami meninggal bersama, siapa yang akan run the business? Anak-anak boleh dapat syer ke? Keuntungan syarikat nanti, macamana anak-anak saya nak dapat?”
7. “Dari segi faraid macamana ye? Adik-beradik kami ada hak ke atas harta kami ke? Risau juga kami kalau anak-anak kami nanti kena halau.”

Banyak aspek yang perlu difikirkan dan dirisaukan sekiranya berlaku kematian serentak nanti. Aspek-aspek inilah antara yang selalu dibincangkan oleh pelanggan kami semasa membuat perancangan harta pusaka.

as-Salihin Trustee Berhad

Advertisements