Arkib Kategori: ISMA New Zealand

Subuh Terakhir di Bumi NZ

Hari ni merupakan hari terakhir subuh di AUT Masjid. Solat subuh agak lambat sikit sebab pintu lock. Maybe security tu lupa nak bukak pintu tapi semua settle after seorang brother, Ahmed call security.

Masa kecik-kecik dulu mak dan ayah selalu kejut subuh lepastu nak sambung tidur balik boleh lah. Then, masa form 1-3 dulu ketua warden sekolah, Ustaz Hisham selalu nasihat kalau nak berjaya dalam hidup pastikan subuh awal berjemaah di surau/masjid. Dengar talk Nouman Ali Khan nasihat supaya after subuh amalkan baca quran insyaAllah nanti ia akan menambah keberkatan waktu kita. Dengar nasihat dari brother (lupe dah nama dia) masa khutbah jumaat supaya baca Al-quran then cuba faham ayat quran tu, baca lah paling kurang 2 muka sehari then fahami ayat tu betul-betul dan amalkan. Tapi dah besar ni dah tak ada orang nak nasihat sebab apa? Sebab kita dah besar pandai-pandailah jaga diri. Sebenarnya ayat tu silap sikit sebab dalam quran Allah suruh kita bagi nasihat kat orang lain. (Al Ashr: 1-3) dan (adz-Dzariyat: 55).

Dekat Auckland sekarang makin tak ramai yang datang masjid untuk solat subuh. Maybe reason sebab busy study, esok test, penat buat program dan lain-lain . Solat sebelum subuh tu lebih baik daripada dunia dan seisinya. Nasihat saya untuk anda semua, solat lah di masjid terutamanya lelaki. Mungkin kita akan bagi reason

“alah solat berjemaah kat rumah boleh”

Kalau fikir balik kenapa Islam galakkan kita ke masjid. Salah satu sebab kerana nak suruh kita kenal komuniti Islam dan ambil berat tentang mereka. Plus, kat masjid lah bantu bina bai’ah untuk kita muhasabah diri kita dan berusaha baikinya.

Lepastu ade reason lain plak

“kenapa AUT Masjid dia solat subuh lambat. Subuh pukul 4am tapi solat pukul 5.15am”

Tanya balik diri kita. Yang 5.15am pun tak pergi ade hati nak bising-bising tanya pasal 4am. Kite kadang-kadang create pelbagai alasan untuk elak diri daripada buat perkara baik. Hati-hati dengan perangkap iblis. Ambillah peluang masa sihat ni buat benda baik. Allah dah bagi peluang depan mata untuk kita buat kebaikan sebab ape? Sb Allah nak naikkan darjat kita bukan Dia nak zalimi kita dengan sibukkan kita buat kebaikan. Allah tahu kemampuan kita jangan risau.

Nak baiki diri ni tak mudah kadang-kadang kita jatuh tapi tak bermakna kita nak duduk selamanya. Bangunlah dan usaha lah balik jangan putus asa dengan rahmat Allah. Allah sayang kita jangan risau.

Mohamad Shafiq bin Mohamad Yakzan
Aktivis ISMA New Zealand

https://wordpress.com/read/blogs/125070548/posts/6