Arkib Kategori: Prof Dr Hamka

Mutiara Kata Prof Dr Hamka

Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution

*_Menurut Prof Dr Hamka:*

🔝 *” Jika ingin melihat orang Islam…*
_*Datanglah ke masjid pada eidilfitri dan eidiladha.

*TETAPI*

🔝 *Jika ingin melihat orang yang beriman…*
*Datanglah ke masjid waktu suboh.

🔝 *Itulah nisbah antara orang Islam dengan orang beriman. “*

🔺 *SESUNGGUHNYA, SUBUH ITU TERJEMAHAN DIRI*

1🔝 *Jika subuhnya sentiasa dipelihara.*
Tanda akan selamat dari neraka.

2🔝 *Jika subuhnya tiada dia tinggal.*
Allah melindunginya dari aral.

3🔝 *Jika subuhnya didahului sunat.*
Berganda isi dunia dia mendapat.

4🔝 *Jika subuhnya bergelapan ke musolla.*
Di kegelapan akhirat mendapat cahaya.

5🔝 *Jika subuh ke cerah berwirid lagi.*
Mendapat pahala umrah dan haji.

*NAMUN…*

1🔝 *Jika subuhnya tiada dijaga.*
Pada wajahnya tiada cahaya.

2🔝 *Jika subuhnya sengaja terlupa.*
Tanda imannya tiada bernyawa.

3🔝 *Jika subuhnya terasa berat.*
Tanda munafik sudah mendekat.

4🔝 *Jika subuh tiada dipeduli.*
Tanda iman menghampiri mati.

5🔝 *Jika subuhnya tiada berjama’ah.*
Tanda hidupnya akan hilang barakah.

6🔝 *Jika subuhnya tiada ke masjid.*
Tanda imannya ada penyakit.

7🔝 *Jika subuhnya selalu terlewat.*
Tanda imannya semakin cacat.

8🔝 *Jika subuhnya diakhir waktu.*
*Tanda iman semakin kelabu.

9🔝 *Jika subuhnya hari dah siang.*
Tanda rezekinya udah hilang.

10🔝 *Jika di subuh masih berdengkur.*
Tanda syaitan memeluknya tidur.*

*والله اعلم*

Perhatian :

Alhamdulillah, dengan sokongan dan pengorbanan semua pihak termasuk Jabatan Mufti Kerajaan Terengganu, Malaysia serta dengan izin Allah SWT, dapatlah disempurnakan pembinaan tandas dan tangki air bersih di Markaz Umar Al-Khattab Di Selatan Kemboja.

Bersyukur kepada Allah SWT Dan Selawat pada Rasulullah Junjungan serta jutaan terima kasih kepada semua pihak diatas pertolongan yang ikhlas. Semoga Allah SWT menerima amal kebajikan yang telah kalian lakukan-In Sya Allah Hutaala.