Mencari Kelebihan Lailatul Qadar

No automatic alt text available.

Renungan Bersama Ihya Assunnah Solution

Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anhuma, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (HR Muslim No: 2009) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca Al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.

a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh Al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?

Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.

a. Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat tarawikh.

c. Perbanyakkan doa “Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar”. Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa untuk kesejahteraan umat Islam di Malaysia. Juga doa kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohinga, Kemboja dan di seluruh dunia…semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka – In Sya Allah.